assalamualaikum :)
sekali lagi penulisan sy muncul di sini.
bersyukur sangat sebab dapat menghabiskan program matrikulasi ni dengan penuh kesabaran, ketabahan dan kecekalan. berakhir la sudah sebuah kehidupan yang penuh dengan suka duka dan pahit getir dan juga pengajian yang sangat berguna disana. yang tinggal hanyalah kenangan yang sukar untuk dilupuskan dari ingatan ini.
selepas ini . . . . . .
dah tak ada lagi pengumuman2 kat vega, polaris, mira, canopus dan capella. dah tak ada lagi snowbell (kucing parsi) kat vega. dah tak ade lagi pegi kelas tutorial, kuliah dan juga lab. dah tak ada lagi budak2 yang masuk kelas lambat and kadang2 kena perli dengan lecturer. dah tak ada lagi study sama2 dekat library especially masa study week. dah tak ada lagi online dekat bilik study. dah tak ada lagi charlie yang selalu ada dekat toilet. dah tak ada lagi track merah tempat dimana sy training sebelum kakom. dah tak ada lagi nak pergi cafe lyra, carina dan orion untuk makan & lepak2. dah tak ada lagi nak tengok cerekarama dekat tv flat screen dekat bilik tv. dah tak ada lagi buat prank time birthday membe. dah tak ada lagi gelak2 sekuat alam dan gaduh2 manja dengan roomate. dah tak ada lagi study sama2 dekat surau yang besar lagi indah tu. dah tak ada lagi lepak2 dekat dataran kosmik sambil kira2 bintang di langit (sy tak pernah buat ok. pernah nampak orang lain buat). dah tak ada lagi pergi cubicle untuk jumpa pensyarah sama ada hantar report, tanya soalan ataupun ambil kertas mahjong dari madam zakiah. dah tak ada lagi join chinese new year celebration. tak ada lagi kelas dinamika yang kena pakai baju yang matching dengan tudung ataupun tie. tak ada lagi kumpul ramai2 pastu main ling ling chik boom waaa lagi. tak ada lagi pecahkan apparatus time kat dalam lab.
semua ni adalah kenangan di KMS. dan semua ini berlaku within 1 year.
gonna miss all this things.
during CNY celebration
bbq time ! jamuan perpisahan :')
terima kasih kepada semua lecturer yang sudi meluangkan masa bersama kami ketika jamuan 326
ni kira jamuan perpisahan jugak la dengan lecturer dinamika. tapi jamuan ni kena ada etika. dan kami pun beretika la sepanjang jamuan ni.
sangat merindui kakom. best sangat , lagi2 kakom 2011 ni buat kat KMS. kakom 2012 akan dilancarkan di KMK. best of luck KMS ! jadi juara dan kalahkan KML !
misi : melihat organ2 dalaman dan fungsinya.
akhirnye jadi begini.....
tolonglah jangan bagi kami bende2 mcm ni. habis kami kerjakan nanti.
gambar agak kabur. siapa tah yang ambik ni. ni la geng k.lijah. antara orang2 yang paling rapat dengan sy. rindu gila dekat diorang ni.
photoshoot practicum. ok, time ni tengah panas. tengok keterangan gambar ni pun boleh tahu. abang cameraman tu cakap "korang ni tak panas ke ?". bang oi, kitorang dah biasa dengan panas banting ni. dah tak heran pun.
yeahh merah ! kami team olahraga kakom 2011 :)
roomate yang paling rapat dengan sy. dia garang.
fact: sy tak pernah takut dengan dia.
our table manner etiquette at klang.
theme : batik
selamat tinggal KMS. banyak sejarah telah tertulis sepanjang sy berada di KMS.
info: sebelah sy tu wahida namanya. dalam kelas sy sangat rapat dengan dia. dimana ada dia, disitu la ada sy. senang nak carik kitorang ni.
last but not least,
sy nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada :
- rakan2 yang telah memberi semangat mahupun dorongan sepanjang pengajian ini.
- pensyarah2 yang sudi berkongsi ilmu dengan kami. halalkan ilmu yang telah diberi. insyaAllah kami akan memanfaatkan ilmu ini.
- staf2 KMS yang telah banyak berjasa dengan meringankan beban pelajar2. terima kasih banyak2.














